Cara memohon sebagai Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
Cara memohon sebagai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan terbuka sebagaimana berikut:
1. Pemeriksa Kereta Motor AB1 - Lelaki & Wanita 2. Pembantu Penguat Kuasa KP1- Lelaki & Wanita 3. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5- Lelaki & Wanita 4. Pegawai Penguatkuasa KP9- Lelaki & Wanita
Permohonan Permohonan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan serta Agensi dan Kementerian lain dibuka setiap masa sepanjang tahun.Pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem SPA9. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar melalui sistem SPA9 terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat calon dan jawatan didalam sistem.
Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9 Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan). Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9.
Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:
Permohonan jawatan di SPA9 boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pemohon hendaklah memastikan permohonan SPA9 masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.
Pemohon SPA9 hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melayakkan diri dipanggil ke PSEE/ ujian. Panggilan ke sesi temu duga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus dalam PSEE/ ujian berkenaan. Peperiksaan Online dan ujian psikometrik merupakan salah satu kaedah tapisan calon.