Cara memohon jawatan dibawah Jabatan Pendaftaran Negara JPN


Cara memohon jawatan untuk berkhidmat dibawah Jabatan Pendaftaran Negara JPN. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan terbuka sebagaimana berikut:

1. Pembantu Pendaftaran KP1 - Lelaki & Wanita
2. Penolong Pegawai Pendaftaran KP5 - Lelaki & Wanita
3. Pegawai Pendaftaran KP9 - Lelaki & Wanita

Permohonan
Permohonan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara serta Agensi dan Kementerian lain dibuka setiap masa sepanjang tahun.Pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem SPA9. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar melalui sistem SPA9 terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat calon dan jawatan didalam sistem.

Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan). Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9.

Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:



Permohonan jawatan di SPA9 boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pemohon hendaklah memastikan permohonan SPA9 masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.

Pemohon SPA9 hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melayakkan diri dipanggil ke PSEE/ ujian. Panggilan ke sesi temu duga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus dalam PSEE/ ujian berkenaan. Peperiksaan Online dan ujian psikometrik merupakan salah satu kaedah tapisan calon.

Sila lihat pautan dibawah:

Syarat & Gaji Pembantu Pendaftaran KP1
Syarat & Gaji Penolong Pegawai Pendaftaran KP5
Syarat & Gaji Pegawai Pendaftaran KP9

Panduan : Cara Memohon Melalui Sistem SPA9

Tarikh Tutup : Terbuka Sepanjang Tahun