Permohonan Jawatan MySTEP Secara Atas Talian




Pengenalan

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang mensasarkan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2021. 

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Syarat Kelayakan MySTEP
a. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
b. Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas untuk sektor Awam
c. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas untuk sektor GLC & Rakan Strategik

Penempatan Pekerjaan
i. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
    a. Penempatan di Sektor Awam
    b. Penempatan di GLC dan rakan strategik
ii. . Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
iii. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
iv. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
v. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

Senarai Kementerian dan GLC yang terlibat boleh rujuk DISINI