Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kepada Seluruh Rakyat Malaysia


Wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara umumnya telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk Malaysia. Sebagai respons kepada penularan wabak ini, Kerajaan telah melaksanakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak ini dan melindungi rakyat. Langkah ini telah mengehadkan aktiviti harian rakyat dan juga peniaga, seterusnya menjejaskan pendapatan yang diterima.

Bagi membendung impak daripada COVID-19 dan PKP, Kerajaan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang merupakan penambahbaikan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020. Pakej yang berjumlah RM250 bilion ini dijangka akan dapat membantu meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan. Bayaran adalah seperti berikut:



BANTUAN KEPADA PELAJAR IPT
Kerajaan juga tidak lupa kepada keperluan para pelajar institusi pengajian tinggi. Sehubungan itu, bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang akan disalurkan dan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk di tingkatan enam, matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. 

BANTUAN KEPADA PEMANDU TEKSI / E-HAILING 
Pelaksanaan PKP turut menjejaskan pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa. Bagi meringankan beban, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam pakej rangsangan sebelum ini, Kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN BUJANG & ISI RUMAH
SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU TEKSI & PEMANDU PELANCONG