Bantuan Khas COVID-19 oleh NADMA





Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan COVID-19 sebanyak RM100 sehari melalui NADMA kepada mana-mana individu yang terkesan dengan wabak Coronavirus.

SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

CARA PERMOHONAN
Muat turun dokumen-dokumen berikut di pautan dibawah.
1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
3. Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

BORANG PERMOHONAN BANTUAN


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :