Boleh keluar 10% dari akaun 1, had pengeluaran RM60,000 - I-Sinar KWSP



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.



Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Maklumat lebih lanjut disini