BPN 2.0 : Golongan B40 & M40 terima bantuan tambahan




Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat. 

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah. RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021. Golongan B40 yang menerima RM700 dan RM300 akan menerima bayaran ansuran pertama.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :