Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021


Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 24 Ogos – 4 Disember 2020Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Maklumat Program MRSM

Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.

Sila klik untuk memohon