Pengeluaran KWSP i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.

Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias berkata, “Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini. "

Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.” 

Dikemaskini 23 Mac 2020. Info lanjut sila layari laman web KWSP.