Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Jawatan Konstabel Polis YT1 Tahun 2020


Semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Jawatan Konstabel Polis YT1 Tahun 2020. Calon sudah boleh membuat semakan Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal untuk jawatan Konstabel Polis YT1

TUGAS KONSTABEL POLIS YT1 (LELAKI & WANITA) :
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

KELAYAKAN GAJI
Gaji Minimum : RM 1,220.00
Gaji Maksimum : RM 2,748.00
Kadar Gaji Tahunan : 85.00

ELAUN DAN KEMUDAHAN
Elaun Tetap Perumahan : RM 350
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 95
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
Elaun Kasut : RM 300
Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima