Lebih 7,000 Graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) akan diserap mulai 1 Januari 2019




Graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Lebih 7,000 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang belum mendapat penempatan tugas akan diserap secara kontrak bermula 1 Januari depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, untuk peringkat awal, tempoh lantikan selama empat tahun itu diberi keutamaan kepada graduan Jun 2017 melibatkan lebih 4,000 orang. Kementerian perlu mewujudkan lantikan secara kontrak memandangkan jawatan sedia ada untuk diisi secara tetap tidak mencukupi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan untuk menyerap graduan ini.

"Kita boleh ambil (graduan) menerusi kontrak dan mereka berpeluang berkhidmat, jadi mana-mana yang menunjukkan prestasi cemerlang boleh diserap (terus) dalam sistem penjawatan kementerian," katanya pada sidang media, hari ini.

Sumber : Sinar Harian



Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :