Senarai Jawatan Yang Layak Dipohon Pemegang Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Jawatan Yang Layak Dipohon Pemegang Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2016 bertarikh 14 Disember 2016 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan.

Hanya pelajar Program Matrikulasi KPM yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 dan ke atas serta lulus semua mata pelajaran wajib sahaja yang layak memohon ke jawatan yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 

Berikut ialah senarai jawatan yang layak dipohon oleh pemegang Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM:

1. Ahli Muzik
2. Artis Budaya
3. Jurubahasa
4. Jurufotografi
5. Pegawai Kebudayaan
6. Penerbit Rancangan
7. Penghulu
8. Penolong Kurator
9. Penolong Pegawai Antidadah
10. Penolong Pegawai Arkib
11. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
12. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
13. Penolong Pegawai Geosains
14. Penolong Pegawai Kesatria
15. Penolong Pegawai Keselamatan
16. Penolong Pegawai Makmal Filem
17. Penolong Pegawai Meteorologi
18. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
19. Penolong Pegawai Pendaftaran
20. Penolong Pegawai Penerangan
21. Penolong Pegawai Penerbitan
22. Penolong Pegawai Penguat Kuasa
23. Penolong Pegawai Penyelidik
24. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
25. Penolong Pegawai Perangkaan
26. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
27. Penolong Pegawai Pertahanan Awam
28. Penolong Pegawai Sains
29. Penolong Pegawai Tadbir
30. Penolong Penguasa Imigresen
31. Penolong Penguasa Kastam
32. Penolong Penguasa Penjara
33. Penolong Pengurus Asrama
34. Penolong Pengurus Taman/Ladang
35. Penolong Pentadbir Tanah
36. Penolong Perancang Bahasa
37. Penolong Pustakawan
38. Pereka
39. Wartawan

PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Sila lihat pautan : Maklumat Penuh & Syarat Kelayakan
Panduan : Cara Memohon Di Laman SPA

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Baca Cara Mohon Jawatan AADK
Baca Cara Mohon Jawatan JPJ
Baca Cara Mohon Jawatan Imigresen
Baca Cara Mohon Jawatan Kastam
Baca Cara Mohon Jawatan SPRM
Baca Cara Mohon Jawatan di JPN