JAWATAN KOSONG TERBARU DI PEJABAT SUK JOHOR - GAJI RM1,205.00 - RM2,939.00

PEJABAT SUK JOHOR

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Pejabat SUK Johor sebagaimana berikut:

1. Pengawal Keselamatan KP11 - 06 Kekosongan

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan berstem RM 1.00 atau mengambilnya sendiri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor atau muat turun melalui pautan dibawah. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut:- 

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor.

Sila catatkan jawatan yang dipohon dikiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang permohonan. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 29 DIS 2016