Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan terbuka di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ seperti berikut:
1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB1
2. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1
3. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5
4. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP9
PERMOHONAN
Permohonan jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem SPA9 melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar dan mengisi maklumat lengkap terlebih dahulu sebelum memohon jawatan.
Sila lihat pautan:
Panduan: Cara Memohon Di Laman SPA
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat berkaitan yang tepat dan baru seperti emel dan nombor telefon. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan akademik dan syarat-syarat lain (seperti kewarganegaraan, umur, kesihatan) bagi jawatan yang dipohon, dan telah mengemukakan permohonan melalui sistem SPA9 semasa tempoh iklan dibuka serta melepasi tapisan awal akan dipanggil temuduga.
