Hebahan Panggilan Temu Duga Graduan Pendidikan Pasaran Terbuka Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Bagi Pengambilan Tahun 2026
Tarikh Temu Duga: 14 & 15 Oktober 2026
Pilihan Pusat Temu Duga: Semua Pusat Temu Duga di Semenanjung
Lokasi Temu Duga: SPP Putrajaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan meneruskan urusan temu duga pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 tahun 2026 di Semenanjung secara berperingkat melibatkan Graduan Pendidikan Pasaran Terbuka yang telah memohon/ mengemas kini permohonan sepanjang tempoh iklan pada 2 Mac 2026 hingga 20 Mac 2026.
Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga. Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan pertukaran opsyen, lokasi atau tarikh temu duga tidak akan dipertimbangkan. Senarai opsyen dan maklumat lanjut boleh didapati disini
