PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN TAHUN 2026


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA Pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PDPP di Institut Pendidikan Guru, KPM.

PERMOHONAN


1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang
KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/pd mulai 09 - 27 Mac 2026.

2. Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh
mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh
penting pengambilan PDPP).

3. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak
membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh
menduduki e-UKCG.

5. Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang
https://mypdpp.moe.gov.my/pd bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan
Calon Guru (e-UKCG), temu duga dan tarikh-tarikh penting pengambilan.

6. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi
mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang
aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup : 27 MAC 2026