OBJEKTIF PROGRAM
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
KELAYAKAN PEMOHON
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Pendapatan bulanan seisi rumah di antara RM 750 hingga RM 5,000.
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
8. Tempoh bayaran bulanan (16 tahun hingga 25 tahun).
9. Jumlah bayaran bulanan (RM300 di semua kawasan).
Nota:
Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
8. Salinan sijil nikah pemohon.
9. Borang laporan tapak bergambar.
Nota:
a) Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
b) SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
c) Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
d) Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.