Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 Opsyen Bahasa Melayu Bagi Semenanjung, Sabah Dan Sarawak


Hebahan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Tahun 2025 Opsyen Bahasa Melayu Bagi Semenanjung, Sabah Dan Sarawak. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9
  - Opsyen Bahasa Melayu (BM) 
  - Lantikan Interim / CoS

GRADUAN YANG LAYAK MEMOHON
Graduan dalam kategori berikut yang memenuhi syarat adalah layak memohon iaitu :

1. Graduan Pendidikan yang telah dipanggil temu duga oleh SPP pada tahun 2025 tetapi belum memperoleh keputusan;

2. Graduan Pendidikan yang belum dipanggil temu duga oleh SPP pada tahun 2025;

3. Graduan Pendidikan yang tidak berjaya dalam temu duga pengambilan PPP Gred DG9 yang telah diadakan pada 21 April hingga 29 Mei 2025;

4. Graduan Pendidikan yang dikategorikan sebagai Calon Simpanan dalam temu duga pengambilan PPP Gred DG9 yang telah diadakan pada 21 April hingga 29 Mei 2025; dan

5. Semua Graduan Bukan Pendidikan.

Graduan yang berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di pautan ini


Tarikh Tutup : 26 OGOS 2025