Hebahan Pengambilan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan DH9 di Sabah Tahun 2025


Hebahan Pengambilan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan DH9 di Sabah Tahun 2025. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH12 & DH9


PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan secara dalam talian melalui sistem mySPP.
Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak melalui pautan dibawah.

Peringatan kepada pemohon:

1. Teliti syarat dan maklumat jawatan sebelum mengemukakan permohonan atau melakukan pengemaskinian. Sila rujuk syarat dan maklumat jawatan DI SINI.
2. Baca Panduan Pengguna mySPP terlebih dahulu dan pastikan semua maklumat yang diisi atau dikemas kini adalah tepat dan lengkap. Kesilapan maklumat boleh menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
3. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
4. Pengemaskinian permohonan TIDAK DIBENARKAN dari 19 Ogos 2025 hingga 18 September 2025.

Tarikh Tutup : 18 OGOS 2025