Hebahan Tawaran Pelantikan Calon Simpanan Tahun 2024 Ke Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

Hebahan Tawaran Pelantikan Calon Simpanan Tahun 2024 Ke Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)



Tawaran pelantikan calon simpanan ke jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon-calon yang ditemu duga di Semenanjung pada tahun 2024 boleh disemak di SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 1 Ogos 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman ini dikeluarkan.

Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2025 dan maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan dibawah.