Tawaran pelantikan calon simpanan bagi pengambilan khas negeri Sarawak ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 bagi calon-calon yang ditemu duga pada tahun 2024 sudah boleh disemak.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 29 Julai 2025 kerana makluman keputusan ini akan dipaparkan selama dua (2) minggu sahaja mulai daripada tarikh pengumuman dikeluarkan.
Calon-calon mestilah mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Borang Pin.1/2013) yang telah dilengkapkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar (pegawai perubatan kerajaan/ swasta) kepada Suruhanjaya ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan iaitu selewat-lewatnya pada 29 Julai 2025:
a. Arahan Muat Naik Borang Pemeriksaan Perubatan
b. Borang Pemeriksaan Perubatan
Calon – calon yang berstatus sedang berkhidmat kerajaan, dimohon mengemukakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan beserta butiran diri (nama penuh dan No KP) kepada pihak urus setia dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan atau selewat-lewatnya 29 Julai 2025 bagi pengemaskinian status lantikan dengan menghantar salinan melalui emel pengambilansarawak@spp.gov.my