Permohonan Terbuka Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP - Dibuka Sepanjang Tahun


Permohonan Terbuka Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan terbuka di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP sebagaimana berikut:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH9 dan DH5
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 dan DG5

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
1. Pembantu Tadbir (P/O) N1
2. Pembantu Tadbir(Kewangan) W1
3. Pembantu Pengurusan Murid N1
4. Pembantu Makmal C1
5. Pembantu Khidmat Am H1


PERMOHONAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa.


Rujuk Panduan Permohonan Jawatan di MySPP

Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui laman web MySPP melalui pautan dibawah. Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN