Ini cara memohon jawatan terbuka di SPA9 seperti Pegawai Penguat Kuasa KP9, Pembantu Pendaftaran KP1 dan Pembantu Perawatan Kesihatan PPK U1 Sepanjang Tahun

 


Ini cara memohon jawatan terbuka di SPA9 seperti Pegawai Penguat Kuasa KP9, Pembantu Pendaftaran KP1 dan Pembantu Perawatan Kesihatan PPK U1 yang dibuka Sepanjang Tahun

Permohonan
Permohonan jawatan di Sistem SPA9 dibuka setiap masa sepanjang tahun.Pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar melalui sistem SPA9 terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat calon dan jawatan didalam sistem.

Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan).

Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9.

Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:



Permohonan jawatan di SPA9 boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pemohon hendaklah memastikan permohonan SPA9 masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.



Berikut adalah cara untuk log masuk ke laman SPA9:
1. Masuk ke portal rasmi SPA9 di laman sesawang berikut: https://spa9.spa.gov.my/login



2. Pastikan anda membaca peraturan yang disediakan dan tidak memasukkan maklumat palsu atau mengelirukan.


3. Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun SPA8i, anda perlu membuat “Pendaftaran Pengguna” bagi memasuki ruangan SPA9 ini.



4. Masukkan maklumat terkini, dan tekan butang ‘Daftar’.


5. Kembali semula ke halaman depan SPA9. Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.


6. Jika anda pengguna baru, sila kemaskini segala maklumat dalam sistem.


Apa yang menarik mengenai SPA9 ini adalah ia lebih mesra pengguna, keputusan boleh disemak dengan mudah dan lancar, serta permohonan menjadi lebih mudah.

Pemohon SPA9 hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk melayakkan diri dipanggil ke PSEE/ ujian. Panggilan ke sesi temu duga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus dalam PSEE/ ujian berkenaan. Peperiksaan Online dan ujian psikometrik merupakan salah satu kaedah tapisan calon.

Panduan SPA9 : Cara Betul Memohon Melalui Sistem SPA9