Cara Memohon Jawatan Untuk Berkhidmat di Institusi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM - Tiada Peperiksaan Online / Minima PMR



Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan ke dalam perkhidmatan awam. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa melalui MySPP bagi jawatan-jawatan berikut:

1. 
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan DG29
2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
4. Pembantu Tadbir(Kewangan) W19
5. Penyelia Asrama N19
6. Pembantu Pengurusan Murid N19
7. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
8. Pembantu Makmal C19
9. Pembantu Operasi N11
10. Pemandu kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui laman web MySPP melalui pautan dibawah. Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.


Permohonan jawatan melalui MySPP adalah lebih mudah dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA. Calon tidak perlu melalui proses Peperiksaan Online Psikometrik serta peperiksaan tambahan yang lain untuk layak mendapat panggilan temuduga kecuali untuk jawatan 1 & 2.