Permohonan Terbuka Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan / Guru Sekolah - Seluruh Negara


Permohonan Terbuka Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan terbuka di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP sebagaimana berikut:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dan DG41


PERMOHONAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa.

PEMBERITAHUAN

mySPP telah dinaiktaraf berkuatkuasa pada 15 Jun 2023. Semua pemohon (baharu/sedia ada) perlu mendaftar akaun baharu bagi memohon jawatan di bawah SPP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pengguna dan Soalan Lazim.

Bagi pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 yang telah mendaftar jawatan sebelum atau pada 21 April 2023, tidak perlu mendaftar akaun baharu sehingga diberitahu kelak.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui laman web MySPP melalui pautan dibawah. Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN


Permohonan Jawatan Melalui MySPP