PELAKSANAAN URUSAN TEMU DUGA BAGI GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 - PENGAMBILAN TAHUN 2022 BAGI SEMENANJUNG (SIRI KEDUA)


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sedang melaksanakan urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk pengambilan tahun 2022 bagi Semenanjung.

Urusan temu duga Siri Kedua yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan calon-calon yang memilih pusat temu duga di negeri-negeri berikut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor

Opsyen – opsyen terlibat adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu
Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Seni dan Visual
Bimbingan dan Kaunseling

Calon boleh membuat semakan bagi Jadual Temu Duga (Siri Kedua) melalui pautan dibawah.

SPP berhak untuk tidak menemu duga calon-calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan jawatan seperti yang digariskan di dalam iklan bertarikh 13 Mei 2022. Calon boleh menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.

Bagi temu duga opsyen-opsyen dan lokasi lain, jadual akan dihebahkan secara berasingan dari semasa ke semasa. Info penuh DISINI