Cara Mohon Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP - Terbuka Sepanjang Tahun / Minima PMR atau PT3





Permohonan Terbuka Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan terbuka di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan SPP sebagaimana berikut:

1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29 dan DH41
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dan DG41
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
5. Penyelia Asrama Gred N19
6. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
7. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
8. Pembantu Makmal Gred C19
9. Pembantu Operasi Gred N11
10. Pemandu Kenderaan Gred H11



PERMOHONAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa.

PEMBERITAHUAN

mySPP telah dinaiktaraf berkuatkuasa pada 15 Jun 2023. Semua pemohon (baharu/sedia ada) perlu mendaftar akaun baharu bagi memohon jawatan di bawah SPP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pengguna dan Soalan Lazim.

Bagi pemohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 yang telah mendaftar jawatan sebelum atau pada 21 April 2023, tidak perlu mendaftar akaun baharu sehingga diberitahu kelak.


Rujuk Panduan Permohonan Jawatan di MySPP

Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui laman web MySPP melalui pautan dibawah. Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN


Permohonan Jawatan Melalui MySPP