Jawatan Kosong Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Jawatan Kosong Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI TEKNIKAL TEKNOLOGI MAKLUMAT - MYSTEP

PERMOHONAN
Adalah dimaklumkan Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia ingin menjemput mana-mana individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) bagi jawatan seperti diatas.

Sehubungan dengan itu, individu yang berminat boleh mengisi Borang JANM (K) 1/2008 seperti di lampiran serta mengemukakan resume lengkap melalui emel kepada uk.p@anm.gov.my selewat-lewatnya pada 16 April 2021 (Jumaat). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Norfariza binti Mohd Rosman (03-8882 1356) atau Cik Nurul Izzati binti Ishak (03-8882 1431).

Bersama-sama ini dikemukakan syarat kelayakan dan cara memohon jawatan tersebut:

1.

(a) JAWATAN
Pegawai Teknikal Teknologi Maklumat

(b) STATUS LANTIKAN
Kontrak

(c) JABATAN
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

(d) TEMPAT KEKOSONGAN
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan 

(e) JADUAL UPAH
RM2,000.00 

(f) KEMUDAHAN
Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, Caruman PERKESO

2. KELAYAKAN :
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Berkebolehan tinggi dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer terutamanya perisian MS Excel, MS Word dan MS Power Point.
Bersedia untuk bekerja lebih masa dan di luar waktu kerja biasa.
Mempunyai kemahiran asas berkenaan dengan pengendalian perisian teknikal pangkalan data (MySQL, MS SQL).
Mempunyai kemahiran pengaturcaraan dalam VBA dan Phyton.
Mampu bekerja secara berpasukan dan disiplin dalam setiap arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
3. CARA MEMOHON :
Calon yang berminat untuk jawatan ini, dipohon untuk melengkapkan borang permohonan yang dilampirkan serta mengemukakan resume lengkap melalui emel kepada uk.p@anm.gov.my selewat-lewatnya pada 16 April 2021
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan surat beranak,  salinan sijil persekolahan dan lain-lain dokumen berkaitan, yang telah disahkan.
Permohonan berikut AKAN DITOLAK : 
             a. tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
             b. tidak lengkap atau tidak terang;
             c. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
             d. tidak ditulis nombor kad pengenalan;
             e. tidak diturunkan tanda tangan.

CATATAN AM       :  

(i) Hanya calon-calon yang layak berdasarkan asas tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia sahaja dipanggil temuduga.

(ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(iii)  Jabatan ini tidak akan menanggung perbelanjaan bagi menghadiri temuduga kelak.

Sekian, terima kasih.

Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.

Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. 

Join Telegram : https://t.me/jobcari

Lokasi : PUTRAJAYA
Tarikh Tutup : 16 APRIL 2021