Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal PDRM


Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) Bermula 2 Februari 2021 (Isnin) hingga 4 Mac 2021 (Khamis).

Semua calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN pada TARIKH TERDAHULU boleh membuat semakan di portal e-Pengambilan PDRM seperti yang tertera di bawah :

i) Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) : 27 Julai  2020 hingga 15 Ogos 2020
ii) Konstabel Polis Gred YA1 (Wanita) : 20 September 2019 hingga 8 November 2019
iii) Konstabel Polis gred YT1 (Lelaki) : 16 November 2020 hingga 30 November 2020

Calon dikehendaki untuk 'Log In' dan Klik di 'Semakan Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam sistem e-pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.