Gunakan Data Dari SPA Ini Sebagai Rujukan Permohonan - Jangan Salah Pilih Jawatan


 Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA telah mengeluarkan data Trend Pelantikan Jawatan Mengikut Kelayakan untuk Tahun 2018 hingga 2020 di web rasmi mereka. Mengambil kira data yang diberikan, ada beberapa jawatan yang tiada pengambilan selama 3 tahun berturut-turut dan ada jawatan hanya membuat pelantikan seorang sepanjang 3 tahun. Lihat screenshot data dibawah.



SPA membuka permohonan jawatan sepanjang masa setiap tahun dan calon bebas memilih jawatan yang ingin dipohon dengan had yang dibenarkan. Data yang diberikan pihak SPA ini mungkin jawapan kenapa anda tidak pernah menerima email panggilan peperiksaan online. Untuk maklumat, sebelum melalui proses temuduga dan ujian fizikal, calon perlu lulus Peperiksaan Online SPA. Proses ini lebih telus dalam membuat pilihan calon yang benar-benar layak. Lebih 10,000 hingga 80,000 calon dipanggil untuk menjawab peperiksaan secara atas talian pada satu-satu masa.

Salah satu faktor yang menyebabkan calon tidak terpilih untuk sebarang panggilan peperiksaan atau temuduga oleh SPA adalah kerana jawatan-jawatan yang dimohon oleh calon melalui sistem SPA9 tidak mempunyai urusan pengambilan pada tahun permohonan dibuat.

PILIH JAWATAN BERDASARKAN MINAT ATAU KELAYAKAN?

Calon berhak memilih mengikut minat atau kelayakan tetapi harus mengambil kira trend pelantikan jawatan dari pihak SPA. Jika calon memohon jawatan yang hanya ada pelantikan sebanyak 2 orang selama 3 atau 4 tahun, calon berkemungkinan tidak akan menerima sebarang panggilan peperiksaan atau temuduga dalam masa terdekat atau dalam satu tempoh yang agak lama. 

Kebiasaan calon yang gagal melepasi tapisan adalah berpunca daripada kelayakan calon yang tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan oleh SPA atau tidak memenuhi syarat tapisan kelayakan akademik dan bidang pengkhususan yang ditetapkan oleh Kementerian dan Jabatan. 

Untuk maklumat penuh data Trend Pelantikan Jawatan SPA sila layari pautan dibawah.

Trend Urusan Pelantikan Tetap Mengikut Skim Jawatan Tahun 2018 - 2020