Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 24 Ogos – 4 Disember 2020. Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Maklumat Program MRSM
Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Sila klik untuk memohon
Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :
Sponsored
