Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Menggunakan Sistem mySPP


Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal Jobs Malaysia masih boleh diteruskan sehingga 31 Julai 2020.


Pemohon sedia ada dan bakal pemohon digalakkan supaya menggunakan mySPP untuk permohonan jawatan SPP. Walau bagaimanapun, permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih boleh diteruskan dan sah sehingga 31 Julai 2020. Berikut ialah jawatan yang boleh di pohon sepanjang tahun melalui sistem mySPP :

1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 
2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29 
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 
5. Penyelia Asrama Gred N19 
6. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 
7. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 
8. Pembantu Makmal Gred C19 
9. Pembantu Operasi Gred N11 
10. Pemandu Kenderaan Gred H11