Skim Perumahan Belia SPB - Skim Pemilikan Rumah Kali Pertama Untuk Golongan Belia

Skim Perumahan Belia SPB - Skim Pemilikan Rumah Kali Pertama Untuk Golongan Belia

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan KPKT telah berkolaborasi dengan beberapa agensi serta institusi kewangan yang lain sebagai hasrat untuk meningkatkan akses pemilikan rumah di kalangan belia menerusi beberapa pelan dan jalinan kolaborasi strategik. 



Butir-butir am skim SPB
Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi golongan belia yang telah berkahwin berumur diantara 25 tahun hingga 40 tahun dengan pendapatan isirumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan. 
Melalui skim ini Bank Simpanan Nasional akan memberi pembiayaan/pinjaman sehingga RM500,000 dengan tempoh pembiayaan/pinjaman sehingga 35 tahun atau sehingga pelanggan/peminjam berumur 65 tahun yang mana terdahulu kepada pelanggan/peminjam yang layak. Skim ini terhad kepada 20,000 pembeli sahaja berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Bank Simpanan Nasional juga akan memberi pembiayaan/pinjaman penuh sebanyak 100% dari harga pembelian kediaman tersebut dan tambahan 5% dari harga belian untuk pembiayaan perlindungan takaful/insuran (MRTT/MRTA). Kos dokumentasi pembiayaan/pinjaman termasuk kos guaman ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

Kerajaan memberi pengecualian duti setem sehingga 50% keatas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan/pinjaman.Kerajaan memberi bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 2 tahun bermula dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual. Info lanjut sila layari pautan berikut > MyBSN Skim Perumahan Belia