Hebahan Keputusan Temu Duga Pelantikan Tetap Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Calon Semenanjung Graduan Universiti Awam Tahun 2019

Hebahan Keputusan Temu Duga Pelantikan Tetap Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Calon Semenanjung Graduan Universiti Awam Tahun 2019

Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 2019

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:
Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja dari tarikh hebahan ini dibuat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dimohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu guru@spp.gov.my.

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

Bagi calon yang mendapat keputusan 'Tertakluk kepada Kelulusan Mesyuarat Suruhanjaya', keputusan akan dikeluarkan setelah semua dokumen telah dikemukakan kepada SPP.

Manakala tempoh sah laku bagi calon simpanan adalah selama 1 tahun daripada tarikh surat pemberitahuan keputusan temu duga.