Temu Duga Terbuka untuk Jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel Polis Bantuan Bank Negara Malaysia

Temu Duga Terbuka untuk Jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel Polis Bantuan Bank Negara Malaysia

Jawatan Kosong di Bank Negara Malaysia 2019
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Bank Negara Malaysia sebagaimana berikut:

1. Polis Bantuan BNM

TEMU DUGA TERBUKA
BNM

Bank Negara Malaysia ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk menghadiri sesi temu duga terbuka bagi jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi.

Calon yang berkelayakan dipelawa menghadiri sesi temu duga seperti yang berikut:

Lokasi :  Lanai Kijang, 
10, Perkarangan Tun Ismail,50480 Kuala Lumpur

Tarikh : Sabtu, 2 November 2019

Masa : 8.30 pagi – 1.00  petang

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Calon mestilah mempunyai kelayakan-kelayakan seperti yang berikut:
• Warganegara Malaysia  berumur antara 18 hingga 28 tahun
• Sihat tubuh badan, mempunyai  penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
• Tidak mempunyai  rekod jenayah

Kelayakan minimum akademik:

Konstabel (Unit Khas)
• Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00
• Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris

Konstabel
• Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata termasuk Bahasa Melayu, dan lulus Bahasa Inggeris.

UKURAN BADAN DAN CIRI FIZIKAL
Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:
• Ketinggian Minimum (tidak berkasut): 165 cm (Lelaki) dan 163 cm (Wanita)
• Ukuran Dada: Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) (Lelaki)
• Berat Badan Minimum: 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita)
• Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI): Antara 19 hingga 26
• Penglihatan: Lulus ujian  bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

SARAAN
• Pakej gaji yang kompetitif
• Kemudahan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan
• Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian untuk diri dan tanggungan
• Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
• Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya

Sila bawa bersama-sama perkara yang berikut semasa menghadiri temu duga:

• Pakaian formal untuk sesi temu duga dan pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) untuk ujian kecergasan dan fizikal
• Satu gambar terkini berukuran pasport
Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
• Resume terkini
• Sijil akademik (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan salinan
• Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya berkenaan
• Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat

Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian.

Lokasi : KL
Tarikh Temuduga : 02 NOV 2019