Permohonan Rumah Bina Negara Risda


Kerajaan Malaysia menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mewujudkan perumahan generasi
kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN) RISDA. Ianya merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukannya untuk memiliki rumah sendiri.

Syarat Permohonan RUMAH BINA NEGARA ( RBN ) RISDA

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 - 45 Tahun semasa permohonan di hantar
3. Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA
4. Bermastautin Di KAMPUNG
5. Sudah Berkahwin
6. Tidak Memiliki Rumah Sendiri
7. Tanah Yang Bersesuaian
8. Bersetuju Kaveatkan Tanah
9. Mampu Menanggung Kos Penyediaan Tapak


risda

Harga kos Rumah BN sebenarnya berharga RM65,000, dan Kerajaan memberikan insentif berjumlah RM20,000 yang menjadikan harga hanya RM45,000 seunit dengan ansuran bulanan serendah RM250.

Orang ramai yang berminat boleh mula mendapatkan borang permohonan melalui pautan dibawah atau Pejabat RISDA terdekat.

BORANG PERMOHONAN RUMAH BINA NEGARA RISDA 
BORANG KEBENARAN MENGGUNAKAN TANAH
BORANG PENGAKUAN PENDAPATAN PEMOHON
BORANG AKUJANJI PEMOHON