Pegawai Pendaftaran KP41 / Jabatan Pendaftaran Negara JPN

Pegawai Pendaftaran KP41 / Jabatan Pendaftaran Negara JPN

Permohonan Terbuka Jawatan Pegawai Pendaftaran KP41 di Jabatan Pendaftaran Negara JPNWarganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan terbuka Pegawai Pendaftaran KP41 di Jabatan Pendaftaran Negara JPN sebagaimana berikut:

1. Pegawai Pendaftaran KP41 / Lelaki & Wanita

PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Syarat Kelayakan
Terdiri dari Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik
Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.;atau
ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.;atau
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gaji Minimum : RM2,081.00
Gaji Maksimum : RM9,547.00
Kenaikan Tahunan : RM225.00

Panduan : Cara Memohon Jawatan Di Laman SPA

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN