Skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) Untuk Peminjam PTPTN Bergaji RM2,000.00 ke atas




Hutang Pendidikan tetap perlu dibayar, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata, peminjam yang berpendapatan RM8,000 sebulan harus membayar sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan atau bersamaan 15 peratus daripada pendapatan.

ptptn bayaran


Wan Saiful memperkenalkan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dalam satu sidang media pada Rabu turut mendedahkan PTPTN akan mengenakan pembayaran serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan. Ini bermakna, peminjam yang bergaji dibawah RM2,000 diberikan penangguhan bayaran balik.

“Mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar. Kira-kira 225,000 peminjam yang dikenal pasti berpendapatan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN.


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :