Cara Memohon Jawatan Juruteknik Komputer FT19 - Terbuka Sepanjang Tahun


Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA sebagaimana berikut:

1. Juruteknik Komputer FT19 - Lelaki / Wanita

PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Sila lihat pautan : Syarat Kelayakan & Gaji Juruteknik Komputer FT19
Panduan : Cara Memohon Di Laman SPA

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN