JAWATAN KOSONG TERKINI DI PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG - PEMBANTU TADBIR N19 / TETAP & BERPENCEN

JAWATAN KOSONG MUZIUM NEGERI PAHANG

Jawatan Kosong di Perbadanan Muzium Negeri Pahang 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Perbadanan Muzium Negeri Pahang sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir P/O N19 - TETAP

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dibeli daripada Bahagian Pentadbiran Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan dengan menyertakan kiriman wang pos bernilai RM 5.00 dan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri dan bersetem RM0.60 sen atau datang sendiri di alamat seperti di bawah.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan semua sijil-sijil kelayakan yang telah disahkan seperti yang disyaratkan termasuk sekeping sampul surat berukuran 24 sm x 11 sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.60 serta hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat. Hantarkan permohonan anda ke alamat dibawah :

PENGARAH 
PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG
JALAN SULTAN AHMAD
26600 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Borang yang tidak lengkap diisi, tidak bertandatangan, yang mengisi 2 jawatan atau lebih dalam satu borang dan tidak mengikut syarat seperti dinyatakan dalam iklan akan ditolak dan tidak dipertimbangkan sama sekali. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : PAHANG
Tarikh Tutup : 09 JUN 2017