JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR N19 DI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MPM - MINIMUM SPM / GAJI RM1,352.00 - RM4,003.00

PEMBANTU TADBIR MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MPM

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia MPM 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia MPM sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir P/O N19 - Min. SPM

PERMOHONAN
Borang Permohonan MPM 1 dicetak sendiri daripada pautan dibawah. Borang ini juga boleh difotostat. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada :

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan

(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap, dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 13 APRIL 2017