JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS DAERAH SELAMA - TETAP & BERPENCEN / GAJI RM1,216.00 - RM4,003.00

MD SELAMA

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Selama 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Selama sebagaimana berikut:

1. PEMBANTU TADBIR N19
2. PENGHANTAR NOTIS N11
3. PEMBANTU AWAM H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015) yang boleh diperolehi di pautan dibawah. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Persekolahan atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, Kad Pengenalan, Surat Beranak / Sijil Kelahiran, yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SELAMA
34100 SELAMA
PERAK DARUL RIDZUAN

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. 
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggapkan bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : PERAK
Tarikh Tutup : 30 APRIL 2017