JAWATAN KOSONG TERKINI DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPM

IKLAN JAWATAN KOSONG KPM

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PENGARAH DG41/42/44

PERMOHONAN
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21. Setiap pemohon yang berkelayakan hendaklah mengemukakan resume yang lengkap dan disertakan dengan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan, Kenyataan Cuti yang telah disahkan, Salinan sijil yang disahkan dan lain-lain dokumen yang berkaitan. 

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: 

Pengarah 
Bahagian Pendidikan Swasta 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 2, Blok E 2, 
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 PUTRAJAYA 
(u.p: Unit Pentadbiran dan Kewangan) 

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : PUTRAJAYA
Tarikh Tutup : 01 MAC 2017