JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH BACHOK - PELBAGAI GRED / GAJI RM1,218.00 - RM9,643.00

MAJLIS DAERAH BACHOK KELANTAN

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bachok 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Bachok sebagaimana berikut:

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
3. Pembantu Penguatkuasa KP19
4. Pemandu Kenderaan H11
5. Pembantu Awam H11

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan Jawatan MDB.1 berharga RM3.00 yang boleh diperolehi di Jabatan Pentadbiran Majlis Daerah Bachok atau mengirim sampul beralamat sendiri berukuran 32 cm x 22 cm beserta wang pos bernilai RM3.00 di atas nama Yang DiPertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam beserta setem ke alamat dibawah. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM,
16300 BACHOK KELANTAN.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. 
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya

Lokasi : KELANTAN
Tarikh Tutup : 18 JAN 2017