JAWATAN KOSONG PELBAGAI BIDANG DAN GRED DI MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR MAIJ - SEPT 2016

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Johor MAIJ September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Agama Islam Johor MAIJ sebagaimana berikut:

1. Pegawai Undang-Undang L41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
4. Jurutera J41
5. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera JA29
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
7. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
8. Penolong Akauntan W29
9. Penolong Juruaudit W29
10. Penolong Pegawai Tadbir N29
11. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
13. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
14. Pembantu Hal Ehwal Islam S19
15. Pembantu Operasi N11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan borang Majlis Agama Islam Negeri Johor yang boleh diperolehi secara percuma di pautan dibawah. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

Borang -borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran pasport dan salinan yang diakui sah dokumen -dokumen berikut;-

(i) Sijil Kelahiran/Surat Beranak
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil Tamat Sekolah
(iv) Sijil SRP/PMR/SPM/STA/STPM/STAM
(v) Diploma/Ijazah bersama pengiktirafan JPA (yang perlu sahaja)
(vi) Transkripsi Ijazah

Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
TINGKAT 5, BLOK B,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
80990 JOHOR BAHRU,
JOHOR

Hanya calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Lokasi : JOHOR
Tarikh tutup : 21 SEPT 2016

IKLAN KEKOSONGAN MAIJ
BORANG PERMOHONAN