JAWATAN KOSONG TERBARU DI PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK - 08 SEPT 2016

JAWATAN KOSONG PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak PPPNP Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak PPPNP sebagaimana berikut:

1. Pelatih Polis Bantuan

PERMOHONAN
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Calon-calon yang hadir dikehendaki berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang, tali leher, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat. Calon-calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.

Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 11.30 pagi sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi ujian fizikal, kawad dan kecergasan. Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri Sesi Temuduga pada hari yang sama.

Calon – calon yang berminat dan memenuhi syarat – syarat dikehendaki hadir ke sesi pemilihan di pusat temuduga yang ditetapkan dengan mengemukakan sijil SPM/PMR, Resume, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan, lain-lain sijil yang berkaitan (salinan asal dan fotostat) dan sekeping gambar terkini berukuran passport.

Lokasi : PERAK
Tarikh Temuduga : 07 - 08 SEPT 2016