JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT MDKL - 29 OGOS 2016

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat MDKL Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat MDKL sebagaimana berikut:

1. Pembantu Akauntan W19 - Gaji RM1,353.00 - RM4,005.00

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat atau di pautan dibawah.

Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 29 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN
BORANG PERMOHONAN