JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI MPSPK - 24 OGOS 2016

JAWATAN KOSONG KERAJAAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sungai Petani MPSPK Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sungai Petani MPSPK sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PENGUATKUASA KP44
2. JURUTERA J41
3. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
4. ARKITEK LANSKAP J41
5. AKAUNTAN WA41
6. PEGAWAI PENILAIAN W41

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang MPSPK (S) 01 yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Sungai Petani atau boleh di muat turun di pautan dibawah.

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan yang telah DISAHKAN. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI,
Menara MPSPK,
Jalan Patani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : KEDAH
Tarikh tutup : 24 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN MPSPK
BORANG PERMOHONAN JAWATAN