JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI - 01 SEPT 2016

JOBCARI MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan sebagaimana berikut:

1. ARKITEK J41
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI KP29
4. PEMBANTU AKAUNTAN W19
5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
6. PEMBANTU PENILAIAN W19
7. PEMBANTU TADBIR P/O N19
8. PEMBANTU AWAM H11
9. PEMANDU KENDERAAN H11

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi  atau di pautan dibawah. Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar. 

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :

YANG DIPERTUA 
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN 
07000 KUAH, LANGKAWI 
KEDAH DARUL AMAN 

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak BERJAYA

Lokasi : LANGKAWI, KEDAH
Tarikh tutup : 01 SEPT 2016

IKLAN KEKOSONGAN
BORANG PERMOHONAN