JAWATAN KOSONG TERBARU PELBAGAI BIDANG DAN GRED DI MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH - 15 OGOS 2016

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah sebagaimana berikut:

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
3. Penolong Pegawai Senibina JA29
4. Penolong Pegawai Tadbir N29
5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
6. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
7. Pembantu Penilaian W19

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat ATAU boleh di muat turun dipautan dibawah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA

Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Lokasi : MELAKA
Tarikh tutup : 15 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN